Hari ini aku memulakan perjalanan menghantar anak ke sekolah agak awal berbanding hari-hari sebelumnya, maklumlah hari ni adalah hari pertama anak-anak aku menduduki peperiksaan akhir tahun.
Aku memulakan perjalanan dan dihadapanku ada sebuah kereta Nissan Sentra yang dipandu agak perlahan, mungkin sebab jalan licin kot, maklumlah musim-musim hujan ni. Sampai di satu simpang dengan tak semena-mena kereta tu membrek dengan agak kuat menyebabkan aku terpaksa mengelak, nasib baik kereta aku tak naik atas penghadang jalan kat selekoh tu. Aku memandang ke belakang melalui cermin sisi tengah, aku nampak mamat tu buat-buat tengok padang dekat kolej tu, kononnya macam meninjau-nijau benda kat situ, hek eleh taktik lama, macam aku tak tau motifnya. Nasib baik aku tak eksiden.
Kemudian dari UKM menghala ke seksyen satu, aku memasuki 'round about' nak hala ke sekolah anak aku. Selepas memasuki 'round about' tersebut tetiba satu kereta Fiat Marea warna merah mengambil kesempatan di ruang yang sempit dan masuk ke hadapan kereta aku, kelam kabut aku membrek. Kebetulan kitaorang keluar arah yang sama, aku perhatikan dia masuk lorong kiri dan seperti biasa aku mengambil lorong kanan sebab aku dah nampak lori perlahan kat lorong kiri tu.
Tak semena-mena mamat Fiat Marea merah tu masuk lorong aku, aku tau mesti dia nak mengelak lori yang perlahan tu tetapi kereta aku dah satu per tiga badan kereta dia, nak tak nak aku terpaksa jugak membrek..nasib baik anak-anak aku tak tercampak. Aku dah mula naik angin ni, sewaktu aku membrek tadi, aku dah membunyikan hon untuk mamat tu, rupa-rupanya bunyi hon tu membuatkan dia bengkak sebab aku perasan dia asyik menoleh kat aku waktu lampu merah kat simpang seksyen tiga tu.
Aku pulak dah memang naik angin dengan mamat tu, waktu aku memandang mamat tu aku ternampak dalam kereta dia ada dua orang budak sekolah, rasa-rasanya anak dia kot. Aku yang memang dah naik angin mengangkat dua jari ke arah mata aku, bermaksud mamat tu kenalah tengok kiri kanan sebelum menerobos masuk mana-mana jalan...ewah-ewah, dia pun tunjuk kat aku kata aku yang salah, aku tak puas hati, aku turunkan cermin kereta aku, oh dia pun buat jugak.
Aku cakaplah, 'kau tak nampak ke aku masuk jalan tu?', tapi yang paling best disalahkan aku, kata aku curi masuk jalan dia...aku pikir balik, aku kat lorong kanan, ko kat kiri..ko masuk jalan aku tapi ko kata aku curik jalan ko, dahlah aku kelam-kabut nak membrek, patut ke? Aku jerit kat dia, macam-macam aku kata, tapi takdelah sampai tahap nak maki hamun, sebab aku pun pikir anak-anak aku dan anak-anak dia ada dalam kereta. Kebetulan lampu isyarat hijau, aku blah je lah...malas nak layan, rupa mamat tu pun macam orang tak pegi sekolah, muka kampung..marah betul aku ni..tak silap aku plat kereta dia BD. ...., tak leh ler aku tulis cuma bagi klu je, kalau-kalau ada benda-benda tak baik jadi kat aku (Kejadian ni terjadi pada 05/11/2009, pukul 12.55pm.).
Aku masuk jalan ke sekolah anak aku, mamat tu hala ke sekolah jalan 3. Selepas sampai kat sekolah anak aku dan bila nak keluar dari situ, datang satu kereta Persona dengan agak laju dari arah hadapan, perghhh...dalam kawasan sekolah pun nak laju, apa lah, tup tup dia langgar cermin sisi kereta aku, aku pandang belakang, blah macam tu je, sial punya perangai.
Selepas tu ada dua kereta lagi buat hal, Perdana hitam dan Vios, kat seksyen 4 dan sebelum 'traffic light' hentian kajang hala ke UKM. Satu memotong dari kiri, cilok depan lori, masuk kanan overtake kancil, lepas tu masuk kiri balik dan terus hilang. Yang Vios tu pulak, main keluar je dari simpang West Country terus masuk kiri, lorong aku lak tu. Aku malas nak layan, aku tekan minyak dan blah.
Tulah secebis kisah aku pada hari ini. Memang niat aku untuk menulis tentang perangai-perangai buruk orang-orang Malaysia kat jalan raya ni, tapi tak sempat lagi. Tapi tuan-tuan yang setiap hari memandu mesti dapat melihat aksi-aksi dan pelbagai perangai orang-orang kita di jalan raya.
Kekadang kereta tak power pun nak lenjan gak, ada hati bawak kancil, wira 1.3, satria tapi nak kejar BMW 5 series, VW dan Brabus, lawak jenaka betul lah. Tapi yang bagusnya,orang-orang yang bawak kereta besar ni rilek je, tentu diorang tersenyum je melihat gelagat beruk-beruk tu beria-ia nak tunjuk jaguh. Salah kategori tu beb, kereta F1 tak racing dengan kereta rally beb, sendiri mau ingat.
Anyway, bagi aku orang-orang Malaysia ni bukanlah golongan manusia yang bersopan-santun sangat, cuba tengok dan perhati...orang-orang kita yang paling susah nak bertegur sapa, dengki, cemburu...
Ok lah, malas nak panjang cerita...berjumpa lagi dilain hari.
Wasalam.