Friday, August 28, 2009

Bonus Bonus Bonus...bermakna bagi yang tertindas

Semalam, sebuah company IT yang agak terkenal di ibu negara mula membayar bonus untuk para pekerja mereka.

Tetapi ada satu group dalam company ini yang menyambut pembayaran bonus itu dengan satu kelegaan yang lebih berbanding tahun-tahun sebelum ini. Apa tidaknya, jika selama ni asyik dapat paling banyak sebulan je, tapi tahun ni paling koman pun 2.5 bulan.

Sebenarnya, ini adalah satu penindasan, kenapa? Selama ini group ini telah memberi pulangan atau net profit sebanyak 30%-35% setiap tahun tetapi paling banyak pun hanya dapat bonus sebulan, khabarnya bos besar group tersebut amat berbangga denga bonus dan kenaikan gajinya yang besar setiap tahun, ntah guna KPI apa gamaknya? biasanya kalau bawahan tak perform, atasan pun tak perform. Tapi kes ni terbalik, bawahan tak perform, tapi bos besar perform, padahal bukan dia yang buat kerja. Cam tu lah kalau undang2 manusia.

Iktibarnya, agihkanlah bonus tu dengan adil dan bukannya dengan cara menindas. Nasib baik Allah meminjamkan saya sementara ke tempat ini, dapatlah mereka merasa nikmatnya..tapi tahun depan tak taulah apa ceritanya.

Kawan-kawan, bergembiralah dengan apa yang anda terima hari ini tanpa melupakan hari esok.

Saya akan bercerita berkenaan kisah saya di sana dengan panjang lebar, tetapi hanya akan dikeluarkan dalam penulisan seterusnya, dan bukan di sini.

Nice working with you team - from ex-boss.

TM dan kontraktornya - Tahap profesionalisme mereka

Hari yang membosankan, well ada satu cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. Beberapa hari lepas saya terperasan yang telefon talian tetap TM saya langsung tiada dial tone. Disebabkan malas nak call 100 saya lupakan masalah tu, biarkan, tak penting.

Entah macam mana, semalam ada seorang hamba Allah ni call saya dan memberitahu bahawa permohonan Streamyx saya telah diluluskan dan dia ingin datang untuk melakukan kerja pemasangan. Saya kata ok, tetapi line tu tak berfungsi dan dia berjanji untuk menghubungi pihak yang sepatutnya untuk memeriksa line tersebut.

Saya dengan rasa ingin membantu telah membuat panggilan "rasmi" ke TM 100 dalam pukul 3-4 petang semalam. Selepas itu saya membuat follow-up call hari ini dalam pukul 3.45 petang dan saya sungguh "surprise" dengan penerangan operator yang menjawab panggilan tersebut.

Dia kata, kontraktor TM telah datang petang semalam dan tiada orang di rumah. Mereka cuba membuat panggilan ke HP saya tapi tidak dijawab (sedangkan tiada "missed call" pun kat hp saya) dan operator tersebut bertanya jika kontraktor TM ada meninggalkan "Job Sheet" di rumah saya, saya katakan tiada.

Semalam saya pergi kuliah dan balik ke rumah tepat pukul 1 petang, sebelum ke kuliah saya menghantar bapa dan emak saya ke komuter dan berada di rumah sehinggalah saya keluar semula untuk pergi sembahyang terawih pada malam hari.

Bila masa saya tiada di rumah untuk menunggu pihak kontraktor TM datang memperbaiki telefon tersebut?

Report ke TM 100 pula hanya dibuat selepas pukul 3.30pm, sebab mamat nak pasang Streamyx tu call saya pada pukul 3.33pm.

Sepatutnya pihak kontraktor TM hanya akan bertindak selepas menerima arahan dari TM 100, dan saya menjangka lebih kurang 30 minit selepas report dibuat.

Pada saya, bukanlah menjadi suatu masalah jika mereka tidak datang. Tetapi pembohongan mereka itu membuatkan saya agak ralat, setahu saya mereka tidak datang kerana petang semalam hujan terlalu lebat sehingga ke malam, apa salahnya terus terang je kata tak datang, disebabkan masalah cuaca.

Impaknya mudah je,

1. TM akan menerima report yang tak betul dan memberikan informasi yang salah kepada pelanggan.

2. Disebabkan mereka menangguhkan kerja, kerja orang lain pula tertangguh.

3. Saya rugi, 3 hari cuti (isnin cuti hari kebangsaan) tidak dapat digunakan untuk menyiapkan assignment universiti, al maklumlah "Celcom boradband modem" ni pun pinjam kat emak saya je dan dia pun dah nak balik rumah dia.

4. Untuk pengetahuan semua, saya memohon "fixed line" ni untuk memohon Streamyx combo, tau sejak bila saya memohon, March 2009. Sekarang dah bulan berapa? dah nak september 2009?

5. Rugi lagi, 2 bulan pertama saya tak perlu bayar sewa telefon (sebab pakej di atas), tetapi 2 bulan terkini saya terpaksa membayar sewa bulanan.

6. Malas nak cite.

Akhirnya, sebagai kesimpulan, kes ini hanya sebahagian kecil dari tahap profesionalisme kita terhadap kerja. Saya bersetuju yang negara kita amat susah nak menjadi negara maju kerana mentaliti bangsa kita tidak pernah berubah. Ada gak berubah, tapi ke sikap negatif cth seperti materialistik, tamak, ego dsb. Kalau maju pun sebab orang luar yang tolong.

Jika kita berkerja, sepatutnya kita mempunyai etika yang perlu dipatuhi. Sekurang-kurangnya kita kena menyiapkan kerja kita terutamanya yang melibatkan orang lain. Tanggungjawab adalah kunci.

Untuk pengetahuan semua, perkara ini bukan hanya terjadi di peringkat bawahan je tetapi berlaku juga di peringkat atasan (ha ha, itulah salah satu sebab saya sambung belajar), itu belum termasuk politik mereka yang tiada batasan sehingga 90% masa mereka hanya berpolitik dan 10% untuk berkerja, lebih kurang jugak kalau dibandingkan dengan orang bawahan. Tapi jangan lupa, orang-orang sebeginilah yang selalu mendapat "performance appraisal" yang tinggi, bonus tinggi, kenaikan gaji tinggi...ntahlah di mana silapnya.

P/S: Kontraktor TM dah datang tadi, dalam pukul 4.50pm, 2 orang. Mereka kata semua kabel kat luar ok, check phone kat dalam rumah...masih tiada dial tone, nak check tiang pulak...saya tunjuk kat belakang rumah, kata ok gak, tapi masih tiada dial tone. TM call kul 5.05pm untuk check samada kontraktor ni dah sampai ke belum? saya kata dah, tapi skg ni dah kul 5.30 petang tapi masih tiada apa-apa yang berlaku. Macam drama lak, siap check attendance. Tak taulah apa lagi alasan selepas ni...yang saya tau, 3 hari seterusnya masih tiada line internet lagi walaupun hanya dial-up..

Tuesday, August 18, 2009

Pendahuluan...

Orang-orang Malaysia Yang Dikasihi,

Setelah sekian lama memendam rasa dengan pelbagai keadaan yang berlaku disekeliling kita, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menulis di laman blog yang tidak seberapa ini, kebetulan pula ia terjadi di hari lahir saya.

Kejadian-kejadian yang terjadi disekeliling kita akan saya kupas satu per satu, tak kiralah dari cerita salesmen, tukang sapu, tukang ampu, adab susila bangsa Malaysia kita, kisah pelajar-pelajar kita, anak-anak kita, kisah-kisah di pejabat, perkhidmatan awam/swasta di Malaysia dan sebagainya serta isu-isu politik semasa yang telah saya lalui selama 35 tahun lahir dan hidup di negara bertuah ini.

Sememangnya banyak yang telah terjadi dan diluar kemampuan kita untuk mengubah, tetapi dalam ruangan yang kecil ini saya berharap akan dapat menulis dan mewujudkan suatu dimensi baru dalam kehidupan rakyat Malaysia walaupun mungkin lebih banyak mendapat kritikan dari pandangan yang positif, biasalah rakyat kita...(perkataan "biasa" inilah sebenarnya yang sedikit demi sedikit menghancurkan masa depan bangsa kita).

Untuk pengetahuan semua, semua tulisan di dalam blog ini ada pendapat saya sendiri dan tiada kena mengena dengan pendapat orang lain, ia mungkin lahir dari hati sanubari yang ikhlas, kekadang dari api kemarahan, kekecewaan, geram, rasa ketidakadilan dan berbagai lagi perasaan yang diciptakan oleh Allah SWT. Oleh itu para pembaca yang dihormati boleh menilai setiap tulisan itu dengan secara adil agar lebih rasional semasa memberikan sebarang pandangan mahupun kritikan.

Akhir sekali, saya meminta maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan tulisan saya, tetapi percayalah "kebenaran itu sememangnya pahit" dan perlu kita rasai sebagai asam garam kehidupan.

Sekian dan wasalam, berjumpa di tulisan saya yang seterusnya.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.