Friday, August 28, 2009

TM dan kontraktornya - Tahap profesionalisme mereka

Hari yang membosankan, well ada satu cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. Beberapa hari lepas saya terperasan yang telefon talian tetap TM saya langsung tiada dial tone. Disebabkan malas nak call 100 saya lupakan masalah tu, biarkan, tak penting.

Entah macam mana, semalam ada seorang hamba Allah ni call saya dan memberitahu bahawa permohonan Streamyx saya telah diluluskan dan dia ingin datang untuk melakukan kerja pemasangan. Saya kata ok, tetapi line tu tak berfungsi dan dia berjanji untuk menghubungi pihak yang sepatutnya untuk memeriksa line tersebut.

Saya dengan rasa ingin membantu telah membuat panggilan "rasmi" ke TM 100 dalam pukul 3-4 petang semalam. Selepas itu saya membuat follow-up call hari ini dalam pukul 3.45 petang dan saya sungguh "surprise" dengan penerangan operator yang menjawab panggilan tersebut.

Dia kata, kontraktor TM telah datang petang semalam dan tiada orang di rumah. Mereka cuba membuat panggilan ke HP saya tapi tidak dijawab (sedangkan tiada "missed call" pun kat hp saya) dan operator tersebut bertanya jika kontraktor TM ada meninggalkan "Job Sheet" di rumah saya, saya katakan tiada.

Semalam saya pergi kuliah dan balik ke rumah tepat pukul 1 petang, sebelum ke kuliah saya menghantar bapa dan emak saya ke komuter dan berada di rumah sehinggalah saya keluar semula untuk pergi sembahyang terawih pada malam hari.

Bila masa saya tiada di rumah untuk menunggu pihak kontraktor TM datang memperbaiki telefon tersebut?

Report ke TM 100 pula hanya dibuat selepas pukul 3.30pm, sebab mamat nak pasang Streamyx tu call saya pada pukul 3.33pm.

Sepatutnya pihak kontraktor TM hanya akan bertindak selepas menerima arahan dari TM 100, dan saya menjangka lebih kurang 30 minit selepas report dibuat.

Pada saya, bukanlah menjadi suatu masalah jika mereka tidak datang. Tetapi pembohongan mereka itu membuatkan saya agak ralat, setahu saya mereka tidak datang kerana petang semalam hujan terlalu lebat sehingga ke malam, apa salahnya terus terang je kata tak datang, disebabkan masalah cuaca.

Impaknya mudah je,

1. TM akan menerima report yang tak betul dan memberikan informasi yang salah kepada pelanggan.

2. Disebabkan mereka menangguhkan kerja, kerja orang lain pula tertangguh.

3. Saya rugi, 3 hari cuti (isnin cuti hari kebangsaan) tidak dapat digunakan untuk menyiapkan assignment universiti, al maklumlah "Celcom boradband modem" ni pun pinjam kat emak saya je dan dia pun dah nak balik rumah dia.

4. Untuk pengetahuan semua, saya memohon "fixed line" ni untuk memohon Streamyx combo, tau sejak bila saya memohon, March 2009. Sekarang dah bulan berapa? dah nak september 2009?

5. Rugi lagi, 2 bulan pertama saya tak perlu bayar sewa telefon (sebab pakej di atas), tetapi 2 bulan terkini saya terpaksa membayar sewa bulanan.

6. Malas nak cite.

Akhirnya, sebagai kesimpulan, kes ini hanya sebahagian kecil dari tahap profesionalisme kita terhadap kerja. Saya bersetuju yang negara kita amat susah nak menjadi negara maju kerana mentaliti bangsa kita tidak pernah berubah. Ada gak berubah, tapi ke sikap negatif cth seperti materialistik, tamak, ego dsb. Kalau maju pun sebab orang luar yang tolong.

Jika kita berkerja, sepatutnya kita mempunyai etika yang perlu dipatuhi. Sekurang-kurangnya kita kena menyiapkan kerja kita terutamanya yang melibatkan orang lain. Tanggungjawab adalah kunci.

Untuk pengetahuan semua, perkara ini bukan hanya terjadi di peringkat bawahan je tetapi berlaku juga di peringkat atasan (ha ha, itulah salah satu sebab saya sambung belajar), itu belum termasuk politik mereka yang tiada batasan sehingga 90% masa mereka hanya berpolitik dan 10% untuk berkerja, lebih kurang jugak kalau dibandingkan dengan orang bawahan. Tapi jangan lupa, orang-orang sebeginilah yang selalu mendapat "performance appraisal" yang tinggi, bonus tinggi, kenaikan gaji tinggi...ntahlah di mana silapnya.

P/S: Kontraktor TM dah datang tadi, dalam pukul 4.50pm, 2 orang. Mereka kata semua kabel kat luar ok, check phone kat dalam rumah...masih tiada dial tone, nak check tiang pulak...saya tunjuk kat belakang rumah, kata ok gak, tapi masih tiada dial tone. TM call kul 5.05pm untuk check samada kontraktor ni dah sampai ke belum? saya kata dah, tapi skg ni dah kul 5.30 petang tapi masih tiada apa-apa yang berlaku. Macam drama lak, siap check attendance. Tak taulah apa lagi alasan selepas ni...yang saya tau, 3 hari seterusnya masih tiada line internet lagi walaupun hanya dial-up..

No comments:

Post a Comment